OLA TOODLES

hope you guys enjoy it...

08 December 2012

SELAMAT DATANG AIDA..:)

assalamualaikum w.b.t.

ok hari ni didatangi tetamu dari Manjung, Perak. namanya Aida Nabilah. dia datang dgn dia punya parents. actually we are having hhmm.....senang cite esok kami berdua nak pergi ke UKM untuk menjalani kajian tentang dunia sains. chewah. over je cakap cam tu. actually kami berdua telah mendaftarkan diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh guru fizik kami iaitu, En. Suhaily. program tu namanya Global I- Lead. benda ni macam you alls nak buat projek on your own. means that nanti nama projek tu atas nama korang. bajet macam korang buat sendiri la. tapt student TGB tak bajet ok. hehehe. mahu MRSM lain baca benda ni menyumpah- nyumpah kan. ok ok. tak nak cite pasal I- Lead pun. 

ok. lepas aida datang my mom terus ajak dia pergi kenduri kahwin. so, saya bagi pinjam aida pakai baju kurung saya sebab dia tak bawak. lepas dh pergi kenduri kami terus bertolak ke Shah Alam untuk menunaikan impian saya ke situ. bagi membeli kain sebagai bahan untuk membuat tudung dan kasut untuk dipakai ke UKM esok. malangnya, sebuah pokok telah tumbang ke tengah jalan di Shah Alam ontheway ke Plaza Alam Sentral. maka dengan itu kami terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas selama sejam 1/2. naik angin la jugak. namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. tapi Allah yang menentukan.

so, kami berempat, my mom, akem, aida and i terus pergi ke Uptown demi mencari flat yang ku inginkan untuk dipakai ke UKM nanti. Uptown tu kat Kota Damansara. see, dari Shah Alam kami kene U-turn balik untuk ke Kota Damansara. maybe, nasib saya hari ini tidak begitu baik. saya hanya mampu redha. amboi ayat. dah sampai Uptown. singgah 1 kedai flat ni. salesman sorang ni dok sibuk mengorat si Aida. aku geram la. bukan sebab jealous abang tu ngorat aida. tapi dok sibuk cakap kat aku suruh kirim salam kat aida. cakap sendiri la. macam tak ada mulut. 

ok. akhirnya, saya dapat sepasang flat. my brother dapat 2 jersey, my mom belikan kanak-kanak tu mainan and on what motive my mom beli 2 kain batik. pada hal kain batik kat rumah dah banyak. ok tak kisah la. aida....nothing..


sampai rumah terus merapu ambik DCLR saya and capture- capture


tak de motif


gambar blur. saket hati nih.


promote magazine seventeen


aida lawa kan. so patut la pun kan kene ngorat dgn salesman


flat yang saya dapat. akhirnya. hanya RM18. hoho murah. uptown la katakan. actually RM20. macam tak tau my mom cam ne. sekali minta turun harga mesti dapat. LOVE YOU UMI.


me. selendang RADIUSITE. baju kurung tu dah lama menghilang then jumpa balik. rupa-rupanya dalam almari bilik angah. patut la tak jumpa pun. punya la jauh tercampak. jumpa-jumpa terus nak pakai. 

ok thats all for this entry.
enjoy your holiday.

dedaa toodles

No comments: