OLA TOODLES

hope you guys enjoy it...

05 June 2013

KELANTAN AT NIGHT

assalamualaikum w.b.t


motif gambar kek atah ni den nak kabor kek ekau semuo.umah den blackout semalam.tu yang somangat pasang liling satu umah.lilin ni den lotak kek dalam bilik den.den dongan omak den dah tak tahan dengan kepanasan yang melando.omak den pon ngendeng-ngendeng kek ayoh den ajak poi kodai cari tolor dengan roti.den ikut la skali katonyo nak poi umah nenek den skali yang bolah ayah den.den bior jo la lilin tu mnyalo dalam bilik den.naseb tak terbakor je bilik den tu.alhamdulillah.hahaha.den balik-balik tengok lilin ni dah mati and layu.umah den pon dah ado letrik.jangan kato ayoh den tak bayar bil letrik pulok ek.sepanjang jalan ke umah den tu golap gulita jo.hahaha.tak kan satu kampong tak bayor kot.hahaha

hahaha.ok dah cukup berbelit lidah tu nak baca.so jom sambung percutian ZAZA ISA di Kelantan pada sebelah malamnye pulak.haha.

before apa-apa kita kene dinner dulu.yela.sampai je homestay dah solat jamak semua.masing-masing pon terbongkak tak hingat dunia.bangun tidur pulak of course la lapar tahap gaban.hehe.so kita orang pon pergi singgah satu restoran dekat je dengan homestay depan kubur kita orang tu.hahaha.setelah masing-masing dah ambik tempat.datanglah satu pelayan yang tak diketahui dengan jelas jantinanya.comel.macam pelakon Korea.eyeliner tebal tak tahan.hehehe.ayah dengan slumber derk dia teros panggil abe.abang ipar terus tepok dahi sendiri.hahaha.nasib abg zaki tolong cover kemaluan yang melanda pelayan tu dengan memanggil dia adik.muka yang merah padam menahan amarah terus bertukar manis kembali.hahaha.

ok ni la gelagat kami di restoran tu


senyuman ZAZA ISA yang pelik
with my lovely father


akem with our lovely umi


angah with kak lin and ayraa


kakak and abang zaki


seperti biasa motif gambar adalah untuk menunjukkan yang saya bukan seorang vegeterian.hehe.

ok dah bayar semua.jom teruskan perjalan ke WAKAF CHE YEH.honestly speaking tempat ni is much better better and better than RANTAU PANJANG,kalau nak cari jeans pergi la rantau panjang sebab most jeans dari siam.kalau kat wakaf che yeh ni banyak yang dari china.so mahal nak mampus la.gambar-gambar di wakaf che yeh langsung tiada dalam memory card DCLR kerana photographer ZAZA ISA malas nak bersesak-sesak kat dalam pasar tu dengan bawak kamera yang besar gedabak and berat tu.just imagine macam pasar kat umah korang.hehehe.

selepas dah berjaya menghabiskan duit ayah kat sini.jom pergi PANTAI CINTA BERAHI.hoho.no.just kidding and memang tak lawak.sebenarnya PANTAI CAHAYA BULAN.PCB macam formula kimia yang CIKGU RUZANAH ajar.PCB for insoluble salt which is lead,calcium ke copper ntah la tak ingat.abes la.and the last one is barium.hahaha.ok dah melalut masuk kimia ni.

saranan sapa yang nak pergi PCB jangan pergi waktu malam.buat rugi je.tapi kami pergi pon sekadar mencukupkan syarat yang termaktub dalam tentatif program trip ke pantai timur ni.amboi hebat sungguh abang ipar saya mengatur percutian ini.hoho.thanx abang zaki.dah tak tahu nak buat ape kat pantai yang tak nampak pape tu.kita orang pon pergi la kat kedai tepi-tepi tu.kami makan makanan ala rojak penang tapi bukan.macam yongtaufu pon ade tapi bukan jugak.pandai-pandai la imagine.yang pasti benda tu bertepung and digoreng.


masing-masing mata dah layu


ni la kedai tu.jangan pergi tau.hahaha.jahat sungguh


abang ipar yang semangat.suke betol main dengan ketam nipah tu


ayah order maggi ketam.actually saya pon nak.tapi tak pe kita share-share je la.ayah rasmikan dulu.muka ayah dah berubah yang menunjukkan maggi ketam itu pada tahap negatif.sah mesti tak sedap mana pon maggi tu.lepas dah habiskan makanan semua and kami pon bersiap2 la nak balik.ayah sempat lagi order fresh orange.hhmm.suke hati la.ayah yang bayar.hahaha.okok.mesti statement lepas ni korang akan terkejot.tau tak total yg kita orang minum-minum tu??48 hinggit.ape ke gile ke mkn ciput tu dh nak dekat 50 hinggit.nak tau sebab apa??sebabnya maggi ketam tu semangkuk 23 hinggit.ape ke cekik darah sangat.hhmm.ayah pon malas nak pnjgkan cerita.kami pon balik la ke homestay kami.kami sampai homestay kami dah pukul 1 lebih dah.hish bahaya sungguh.dah la bawak baby

the end.peringatan and amaran.jangan order maggi ketam.dh la tak sedap.mahal tak hingat dunia.actually ketam tu memang mahal pon.ketam nipah.tau tak??ketam yang warna hitam tu.

the end
dedaa toodles.
may have a blast day



No comments: