OLA TOODLES

hope you guys enjoy it...

08 June 2013

RIVER CRUISE IN TERENGGANU

assalamualaikum w.b.t

seperti yang dijanjikan.sekarang saya nak tunjuk pulak selain Taman Tamadun Islam.ape lagi yang ada kat Terengganu ni,so kat Terengganu ade River Cruise Terengganu.sama je macam River Cruise Melaka.yang beza Melaka air dia busuk.hahaha.jangan marah orang Melaka.River Cruise kat Terengganu pulak kat sungai.nama sungai tak ingat la pulak.ok tak nak bebel banyak-banyak.nanti boring pulak

         

so.first thing first mesti la jaket keselamatan.untuk baby pon ada ok.Ayraa mula-mula nampak teruja.bila dah masuk cruise terus meronta-ronta.rimas.Echaa macam biasa steady je.before apa-apa ada orang yang bagi guide untuk safety.macam biasa macam mana nak guna jaket oren menyala tu.boring dah dengar banyak kali.tapi tu memang job dia nak buat macam mana


jom-jom.masing-masing muka teruja


wah.dah nampak dah Masjid Kristal


waktu kita orang naik ni dalam pukul 3.45 petang rasanya.still panas yang membahang lagi waktu ni.ni bahagian cruise kat belakang.ala.macam korang tak pernah naik kan.over je saya ni.hoho


tak ingat pulak Cruise Terengganu ke Cruise Melaka besar lagi.or sama-sama besar.


along.echaa.kak su


nampak tak.jaket Ayraa dah pon hilang.hahaha.
kak lin.Ayraa.angah


ok dah sampai kat Masjid Kristal.hehe.jakun sekejap.ok cuba teka kenapa nama dia Masjid Kristal??sebab nya kat atas 4 menara yang tinggi tu.bawah bulan.apa kita panggil bulan tu??apa-apa je la.ha.yang bentuk macam bawang sikit tu.ha.yang tu la kristal nya.mean diperbuat dari kristal


amboi.ada orang interfere.ok.muka abang Zaki sangat serious.tak tahu apa motif dia


dah-dah.jom turun.sebenarnya banyak lagi yang kita orang nampak kat pesisiran sungat tu.tapi malas nak mention kat sini.banyak sangat.kalau nak tahu.pergi la ajak keluarga anda ke Terengganu.now.misi mencari orang untuk tangkapkan gambar kami



suka gambar ni.hehehe


jangan lupa pulangkan life jacket.hehe.sekali lagi muka nampak serious yang teramat(abg Zaki)


dah habis pon penjelajahan untuk hari ni di Terengganu iaitu Taman Tamadun Islam.nak bagi 4.89 star la.sebab kat TTI tu ada masjid yang stiill under progress.hhmm.ayah dengan umi dah kepenatan.umi steady je pakai baju kurung.hahahaha


motif duduk-duduk kat tangga ni tak tahu la pulak.

so guys out there.you should have a try having a day in Terengganu.maybe a day is not enough.nevermind.just stay how many days you wish to.so.Zaza Isa is coming back to her boarding school in Melaka which MJSC Tun Ghafar Baba.so proud of it.so please pray for my success because this year will be so essential to me.i want to face SPM very well.

so sampai sini je entry untuk trip ni.moga berjumpa lagi.hehe.ingat nak sambung lagi.tapi tak sempat dah.hehe.

dedaa toodles
hope your holidays gonna be awesome

assalamualaikum w.b.t

07 June 2013

A DAY IN TERENGGANU :)

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang korang semua tahu.saya dan family telah mengadakan satu trip ke Pantai Timur.ayat skema macam karangan SPM.so.macam yang korang tahu hari first saya telah menginap di Kota Bharu, Kelantan.hari ni nak cerita pulak trip hari kedua ke Kuala Terengganu.tak la banyak mana tempat yang kita orang pergi tu.before pergi ke Kuala Terengganu tu.kita orang singgah dulu rumah mak kakak ipar saya kononnya nak breakfast kat situ.

ok.masti ada yang tak tahu orang Kelantan ni breakfast dia macam mana.so.orang Kelantan biasa nya pagi-pagi dah makan makanan yang berat-berat.macam nasi berlauk.so besan mak saya ni pon telah menjamu kami anak-beranak Nasi Dagang.actually saya tak minat langsung nasi dagang tapi memandangkan itu sahaja makanan yang ada and perut pon sangat lapar.makan je la apa yang ada.hehe.bukan niat nak memilih makanan.tapi memang tak suka.

so dah salam-salam dengan semua anak-beranak kakak ipar saya.kami pon teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.owh ya.owh ye.kat sinilah baru along saya ikut trip ni.yeay.family dah cukup kesemuanya.so.percutian ni akan jadi lebih bermakna.hahahah.sumpah ayat skema tak tahan.takpe-takpe.lebih proper.

time to go.gambar kenangan bersama isteri owner homestay ni.murah je ok bayaran untuk semalam.dah la rumah ni besar.sangat berbaloi.


sangat suke gambar ni.me and my very beloved brother.walaupon kadang-kadang annoying.


i just know that every advertisement in Kelantan should including the jawi too
sangat amazed.
rasa macam ada kat arab.hoho


tak kira yang english sekali


nasib baik tak tukar yang 'we'll keep you running'
mahu berbelit saraf otak yang nak kene tranlslate ni


thanx too mr.GPS yang terlalu banyak menolong walaupon kekadang hang tak tentu pasal.tanpa anda kami tak sampai kemana-mana.hahaha.kononnya


so kita dah sampai di next homestay iaitu HOMESTAY LOSONG SIAKAP.
pergh.nama nak makanan je kan.
sebenarnya kawasan yang kita orang duduk ni namanya losong.
thats why la ada losong
tapi tapi tapi.
waktu kita orang sampai kat homestay tu.rupanya ada orang yang baru nak check out dari situ.so kami terpaksa pergi berjalan-jalan dahulu before nak check in.hmmm.takpe takpe.moh kito g sia-sia dulu deh.hehehe

so the first destination in Terengganu is TAMAN TAMADUN ISLAM.mesti ada yang dah pergi kan.sangat best.untuk masuk ke dalam taman ni korang kene bayar la of course.hehehe.before enter kaunter bayar dia.akan ada satu banner.kat situ dia tunjukkan pakej yang boleh korang ambik.memandangkan kami satu family ada 10 orang dan 2 kanak-kanak.kami ambik pakej 2 in 1.yang mana bayar sekali untuk masuk Taman Tamadun Islam ni dengan naik cruise.harga untuk seorang hanyalah RM33 dan percuma bagi anak-anak buah ku kerana masih belum melepasi 6 tahun.


apa yang menarik kat taman ni.cuba tengok apa yang akem pegang tu.ha.namanya passport.stylo kan.ok.lepas bayar korang akan dapat passport dengan 2 vocher untuk beli makanan dengan souvenir.


ok waktu kita orang sampai kat situ dalam pukul 1 lebih rasanya.tu yang panas menggila.


boleh nampak kepanasannya.sekali lagi diri rasa macam berada di negara Arab.hehehe


disebabkan banyak tidur.saya la yang ke hulu ke hilir survey sana survey sini.hhmm.


kenapa kita orang still dok melepak kat sini.hahah.kita orang tengah tunggu buggy.ala.yang macam kat tempat golf tu.hahaha.saya jakun.tu yang semangat tulis walaupun korang dah tahu



nampak tak muka masing-masing semangat gila.padahal driver tak sampai lagi.
waktu ni ada sedikit pertelingkahan.haha.
perancangan angah pada mulanya group along and angah bergabung dengan akem.
then ayah umi and group kakak dengan saya.tapi bila dah sampai buggy, lain yang jadi.akem dengan saya.haha.so kami telah memisahkan kakak and her husband.hahaha.akem tak nak berpisah dengan saya.hahaha.siapa cepat dia dapat.tapi akhirnya kami mengalah dengan memberi tempat duduk khas di satu-satunya belakang buggy kat kakak and her husband


so tu la tempat yang pada mulanya dipelopori oleh saya and akem
seronok le tu


so benda first yang dia tunjuk ialah Xian Mosque,China
hebat kot driver yang bawak buggy tu.hafal habes fakta-fakta benda ni semua
sangat impress


ni pulak Kudus Minar, Central Java, Indonesia
monumen ni sangat comel.
tapi terpikir jugak macam mana dorang duplicate masjid-masjid ni.
dah la sebijik


next is Pattani Central Mosque, Thailand.macam tak nampak sangat kan.mintak maaf la ye


ok yang ni pulak Sultan Mosque, Singapore


Taj Mahal, Agra, India.
sangat awesome


yang besar ni pulak Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan


ok yang ni masjid yang dah musnah.tak tahu la betul ke tak.ni la masjid yang ada batu terapung dalam dia
namanya Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin.
masjid ni boleh masuk sebab kat dalam tu ade batu yang terapung tu


ni la batu tu.ada kisah disebaliknya.yang mana tahu bagus la.yang tahu tu google je


sorry tak nampak sangat.yang ni bukan masjid tapi menaranya je.nama masjid ni Great Mosque of Samarra, Iraq.kalau nak azan kat masjid ni just pusing menara tu sampai puncak then azan je.tak payah susah-susah guna microphone


yang ni Sheikh Lutfallah Mosque, Iran


yang ni Abu Nasr Parsa, Afghanistan.apa yang menarik.kubah masjid ni bentuk labu


kita dah sampai di Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia


Kaabah pon comel je.kecik cemetot


pintu pon kecik je dari kita.


kat tangga pon sempat


yang ni sgt style.sebab kota ni kat atas bukit.namanya Aleppo Citadel, Syria.selain masjid.kota Islam pon ade ditunjukkan


yang ni pulak The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
kalau tak silap ni istana sekali dengan kubu


ok masjid ni nampak pelik.Great Mosque of Agadez, Niger. dibina dengan lumpur dengan tanah liat la kot kalau tak silap.nampak macam panas kalau kita masuk.tapi kata cik yang bawak kita orang tu.kita akan rasa sejuk.sebab masjid ni guna bahan binaan tu la


kami dah habis round sebenarnya tapi cik buggy tu round lagi
so ni ialah TTI Waterwheel.hehe


gambar ni sangat tidak disengajakan.kalau korang perasan akem macam pegang benda tu padahal waktu tu dia suruh saya rotate kamera.hahaha.yang ni namanya Kalyan Minaret, Uzbekistan.yang menariknya katanya ni menara amende ntah.tak ingat.hukuman ke membunuh.sebab siapa yang buat salah akan dicampak dari menara ni.sangat menakutkan


yeay.dah nak habis dh.masjid ni namanya Mosque of Mohamed Ali, Egypt.masjid ni pon tak payah guna microphone kalau nak azan sebab dah ada 92 kubah.subhanallah


gambar bersama cik buggy Group 1


cik buggy Group 2


jom makan dulu.lepas ni nak naik cruise pulak

so disebabkan entry kat Taman Tamadun Islam pon dah banyak.
nantikan entry pasal cruise pulak.hehehe

dedaa toodles
jumpa lagi next time